Jumaat, 13 November 2009

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun


Salam sejahtera,

Saya telah pun selesai menjalani peperiksaan akhir tahun dan telah pun mengetahui keputusannya. Untuk sekolah pagi ( saya bersekolah di sekolah ayah saya SK Pogoh) saya telah berjaya mendapat tempat ke 4 dengan gred 3A 2B, manakala sekolah agama pula saya berjaya mendapat tempat pertama. Alhamdulillah... walau pun ibu saya selalu marah saya kerana kurang mengulangkaji pelajaran, tapi saya berjaya juga. Hobi saya menonton cerita kartun di astro ceria. Cerita yang selalu saya tonton ialah Ultraman Gaia, Ben10, Afi dan Abah dan banyak lagi...Tinggal lagi seminggu saja saya nak habiskan persekolahan 2009 ini. Cuti nanti, ibu saya pesan supaya jangan banyak sangat menonton tv. Rajin-rajin solat, banyakkan membaca buku dan mengaji al-quran. Saya akan selalu ingat pesan ibu. Saya mahu jadi insan yang berpelajaran dan berakhlak mulia.

Tiada ulasan: