Jumaat, 14 Januari 2011

Tahun baru 2011

Tahun baru sudah bermula. Sebagai pelajar saya mesti tingkatkan keazaman dan kesungguhan dalam menimba ilmu. Lebih-lebih lagi sekarang saya sudah berada di tahap dua dan memegang jawatan sebagai pengawas sekolah.

Rutin harian saya:

Pukul 6.00 : Bangun, mandi, solat, bersiap untuk ke sekolah

Pukul 6.30 : Sarapan air milo & roti

Pukul 6.55 : Bertolak ke sekolah (SK Dato' Seri Maharajelala) jaraknya 7km.

Pukul 7.10 : Tiba di sekolah, beratur

Pukul 7.20 : Sesi pembelajaran bermula.

Pukul 1.20 : Balik, ikut ibu hantar Syauqi ke sek agama

Pukul 2.00 : Tiba rumah, mandi, solat, makan & bersiap-siap untuk ke sekolah agama.

Pukul 3.20 : Bertolak ke sekolah agama

Pukul 3.30 : Sesi pembelajaran sekolah agama bermula

Pukul 6.30 : Balik

Pukul 6.40 : Sampai di rumah, rehat sekejap dan mandi.

Pukul 7.00 : Makan, Solat maghrib, mengaji

Pukul 8.00 : Siapkan kerja rumah

Pukul 9.00 : Solat isyak kemudian menonton rancangan kartun

Pukul 10.00 : Tidur...