Isnin, 26 Oktober 2009

Video Drift Challenge 2009



Akhirnya, ibu saya sempat juga upload video ni. Dari hari tu ibu nak upload tapi tak sempat2.... Saya belum pandai nak update blog saya. Ibu yang buatkan. Kalau saya nak post sesuatu, saya minta ibu sediakan dan saya akan menaipnya sendiri.

Isnin, 19 Oktober 2009

drift challenge 2009

Saya suka kereta ni.........


Inilah kereta yang buat drift tu...........


Lepas tengok drift, saya pun minta ibu main game lumba kereta.. Seronoknyaaaa......


Pada cuti Deepavali yang lalu,saya dan keluarga telah pergi ke BP MALL untuk bersiar - siar. Kebetulan pada hari itu, ada DRIFT CHALLENGE 2009.Pertandingan itu diadakan di tempat letak kereta. Seronoknya dapat tengok Drift. Sebelum ini saya cuma tengok di televisyen saja.Tapi kereta yang buat Drift tu terdiri dari kereta keluaran lama.

Ahad, 18 Oktober 2009

Muhammad Syazni


Nama saya Muhammad Syazni b Saifuddin Amir. Muhammad bermaksud " yang terpuji " dan Syazni pula "kecerdasanku". Saya dilahirkan pada tahun 2001 dan umur saya akan genap 8 tahun pada 24 November 2009 ini. Tempat kelahiran saya ialah Klinik Desa Palong Timur, iaitu tempat ayah bertugas sebelum ini dan tempat ibu saya posting mengajar. Saya merupakan anak ketiga dalam empat orang adik beradik. Saya sangat manja dengan ibu saya.... Saya belajar dalam tahun 2 di SK Pogoh, Segamat, Johor. Sebelum ini saya bersekolah di sekolah ibu saya iaitu SK Dato' Seri Maharajalela, Pekan Jabi, Segamat tetapi sejak ibu saya sambung belajar (KDP-OUM 14 minggu) saya telah berpindah ke sekolah ayah saya. Saya berazam akan menjadi murid yang pintar, berani dan pandai berdikari.