Ahad, 4 Ogos 2013

HARI RAYA BAKAL TIBA

ALHAMDULLILAH, bulan syawal bakal tiba... Dengan kesempatan yang ada, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, guru-guru dan seluruh umat ISLAM. Hari raya pertama saya akan pulang ke kampung di Kampung Kota Dalam, Ayer Hitam. Persediaan raya saya hampir siap. Kuih raya sudah dibuat, baju raya sudah dibeli dan persiapan rumah masih dalam proses...

Jumaat, 14 Januari 2011

Tahun baru 2011

Tahun baru sudah bermula. Sebagai pelajar saya mesti tingkatkan keazaman dan kesungguhan dalam menimba ilmu. Lebih-lebih lagi sekarang saya sudah berada di tahap dua dan memegang jawatan sebagai pengawas sekolah.

Rutin harian saya:

Pukul 6.00 : Bangun, mandi, solat, bersiap untuk ke sekolah

Pukul 6.30 : Sarapan air milo & roti

Pukul 6.55 : Bertolak ke sekolah (SK Dato' Seri Maharajelala) jaraknya 7km.

Pukul 7.10 : Tiba di sekolah, beratur

Pukul 7.20 : Sesi pembelajaran bermula.

Pukul 1.20 : Balik, ikut ibu hantar Syauqi ke sek agama

Pukul 2.00 : Tiba rumah, mandi, solat, makan & bersiap-siap untuk ke sekolah agama.

Pukul 3.20 : Bertolak ke sekolah agama

Pukul 3.30 : Sesi pembelajaran sekolah agama bermula

Pukul 6.30 : Balik

Pukul 6.40 : Sampai di rumah, rehat sekejap dan mandi.

Pukul 7.00 : Makan, Solat maghrib, mengaji

Pukul 8.00 : Siapkan kerja rumah

Pukul 9.00 : Solat isyak kemudian menonton rancangan kartun

Pukul 10.00 : Tidur...

Jumaat, 19 November 2010

cameron highland

Pada 12 November 2010 , saya mengikuti rombongan sekolah saya ke Cameron Highland. Kami bertolak pukul 10 malam. Dalam perjalanan rasa tak sabar nak sampai ke tempat tu. nak tengok pokok teh...



dalam perjalanan ke Cameron Highland..seronok naik bas..


Destisasi pertama...tentulah ladang teh...


Kat sini cuma posing2 je...tak beli pun...


Kat ladang strawberri


Dalam perjalan balik kami singgah di hutan lipur....


Akhir sekali, pergi ke Putrajaya. Singgah carefour...

Rasa seronok dapat rasa pengalaman dan melihat pemandangan menarik. Dapat tengok bagaimana teh diproses, ladang strawberry, pokok kaktus terbesar, tidur di tempat yang sejuk..tak payah pasang air cond coz dah sejuk. kat apartment pun x de air cond dan kipas sebab dah sejuk. Pengalaman ini tak dapat saya lupakan dan suatu hari nanti saya nak pergi lagi..BEST!!!

Sabtu, 24 April 2010

hadiah...

Ketika menerima hadiah tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun 2009 darjah 2 di Sek Agama Pogoh. Harap-harap tahun ini cemerlang lagi...

Selasa, 26 Januari 2010

Tahun 2010

Nampaknya saya telah naik ke darjah 3.saya sekolah dekat SK DATO' SERI MAHARAJALELA.Kelas 3 teratai. Guru kelas saya adalah CIKGU ASLINDA BT AZIZ. CIKGU MOKSIN MENGAJAR B. INGGERIS,Cikgu AZIM mengajar B. MALAYSIA .

Selasa, 5 Januari 2010

Main air


Sejuknya air di sini.


Seronok.....!!


Cuti sekolah baru-baru ni, saya mengikut ibu yang belajar di IPTHO. Tapi, saya bersama-sama adik-beradik tinggal sementara di rumah datuk saya. Kami tinggal di sana selama seminggu kerana ibu saya ada tutorial.

Ibu telah membawa saya dan adik-beradik ke wet world, mandi manda di sana. Ayah tidak ikut sama, kerana ayah berada di Segamat.

Ahad, 20 Disember 2009

Cuti musim hujan

haaaaaiiiii kawan-kawan.sekarang ni cuti musim hujan.