Khamis, 26 November 2009

Ulang tahun kelahiran saya.

Birthday's cake utk Syazni, ayah belikan.

Genap 8 tahun..


Saya dilahirkan pada 24 November 2001 pada pukul 12.24 am. Bertempat di Klinik Desa Palong Timur. Kini usia saya telah menjangkau 8 tahun.

Tahun ini saya menyambut hari kelahiran saya serentak dengan kakak saya Syazana yang bertarikh 21 November. Apa salahnya kami merai bersama-sama, lagipun jarak tarikh kami 3 hari je... Ahli keluarga saya yang lain ada menyambut hari kelahiran pada bulan November juga... Atok pada 23 Nov, Mak Teh 17 Nov, Syahmi pun November, tapi saya lupa tarikhnya...

Jumaat, 13 November 2009

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun


Salam sejahtera,

Saya telah pun selesai menjalani peperiksaan akhir tahun dan telah pun mengetahui keputusannya. Untuk sekolah pagi ( saya bersekolah di sekolah ayah saya SK Pogoh) saya telah berjaya mendapat tempat ke 4 dengan gred 3A 2B, manakala sekolah agama pula saya berjaya mendapat tempat pertama. Alhamdulillah... walau pun ibu saya selalu marah saya kerana kurang mengulangkaji pelajaran, tapi saya berjaya juga. Hobi saya menonton cerita kartun di astro ceria. Cerita yang selalu saya tonton ialah Ultraman Gaia, Ben10, Afi dan Abah dan banyak lagi...Tinggal lagi seminggu saja saya nak habiskan persekolahan 2009 ini. Cuti nanti, ibu saya pesan supaya jangan banyak sangat menonton tv. Rajin-rajin solat, banyakkan membaca buku dan mengaji al-quran. Saya akan selalu ingat pesan ibu. Saya mahu jadi insan yang berpelajaran dan berakhlak mulia.