Ahad, 18 Oktober 2009

Muhammad Syazni


Nama saya Muhammad Syazni b Saifuddin Amir. Muhammad bermaksud " yang terpuji " dan Syazni pula "kecerdasanku". Saya dilahirkan pada tahun 2001 dan umur saya akan genap 8 tahun pada 24 November 2009 ini. Tempat kelahiran saya ialah Klinik Desa Palong Timur, iaitu tempat ayah bertugas sebelum ini dan tempat ibu saya posting mengajar. Saya merupakan anak ketiga dalam empat orang adik beradik. Saya sangat manja dengan ibu saya.... Saya belajar dalam tahun 2 di SK Pogoh, Segamat, Johor. Sebelum ini saya bersekolah di sekolah ibu saya iaitu SK Dato' Seri Maharajalela, Pekan Jabi, Segamat tetapi sejak ibu saya sambung belajar (KDP-OUM 14 minggu) saya telah berpindah ke sekolah ayah saya. Saya berazam akan menjadi murid yang pintar, berani dan pandai berdikari.

Tiada ulasan: